Penerangan
???? MESYUARAT PEMBUKA (ENTRANCE CONFERENCE) BAGI KAJIAN AUDIT KOMPREHENSIF PENGURUSAN SUMBER AIR NEGARA ????
?? Tarikh : 7 April 2022 (Khamis)
? Masa : 2.30 ptg – 4.30 ptg
?? Tempat: online googlemeet
?? Pengerusi : Pengarah Audit Bahagian, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara
??????????? Kehadiran : Pelbagai Kementerian, Jabatan/Agensi negeri dan wakil JAS Ibu Pejabat/ Jas Negeri terlibat
????Wakil JAS Ibu Pejabat : En. Rosli Mustafa, Pengarah Bahagian Air & Marin
????Wakil JAS Sabah : PP(K) Roslina Diwa
?? Maklumat Audit:
1?? Tempoh audit: Bermula tahun 2022 sehingga 2023 (jangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2023)
2?? Objektif : Menilai sama ada pengurusan sumber air negara dilaksana secara berhemat dan lestari untuk memenuhi keperluan manusia dan alam.
3?? Skop : Pengurusan Sumber Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Perkhidmatan Pembentungan (RMKe-11 dan RMKe-12)
4?? Sampel audit ( 7 negeri terlibat ) : Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.
??Tujuan audit adalah bagi memastikan negara berjaya melaksanakan perkara berikut:
? Dasar Sumber Air Negara (DSAN)
?Pelan Kelastrian Alam Sekitar Malaysia (2020-2030)
? Sasaran Pembangunan Mampan (SDG)- No.6: Clean Water & Sanitation
?? Bidang utama audit:
1??Prestasi aktiviti sumber air / perkhidmatan bekalan air/ perkhidmatan pembentungan
2??Pengurusan aktiviti sumber air / perkhidmatan bekalan air/ perkhidmatan pembentungan
???? Penglibatan JAS : status kualiti air, pematuhan terhadap loji-loji kumbahan terhadap had pelepasan yang ditetapkan dll.
Surat rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Audit Negara kepada agensi/jabatan yang terlibat. Semau agensi dipohon memberi Kerjasama sebaiknya sepanjang tempoh audit.