Penerangan
Puan Chai Hsieh Nee ???????, JAS Sabah telah dijemput oleh JAS Melaka & JPN Melaka untuk berkongsi Success Story Of Sabah Schools dalam Webinar Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada ??? 6 April 2022, ? jam 9.30 pagi - 12.30 tengahari melalui Aplikasi Zoom ????? dan Webinar SLAAS ini telah disempurnakan oleh En. Rosli Osman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Jumlah penyertaan webinar tersebut adalah seramai 370 Pengetua, Guru Besar, Guru-guru daripada Melaka, Johor, Selangor, Kedah & Pulau Pinang.
Para peserta mohon untuk adakan Lawatan Sambil Belajar ke Sabah bagi tujuan BenchMarking sekolah di Sabah kerana para peserta kagum dengan penglibatan pelbagai pihak di Sabah dan juga warga sekolah itu sendiri dalam pelaksanaan dan amalan alam sekitar di sekolah dan di rumah.