Penerangan
?? MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PELABURAN AWAN TIMUR GROUP ??
??? Tarikh: 5 April 2022 (Selasa)
?? Masa: 2.30 - 4.00 Petang
?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting)
??????? Pengerusi: SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah
??????? Kehadiran JAS Sabah: KPP(P) YY & PP FM (Unit EIA & IP)
?? Agenda Mesyuarat:
??Pendahuluan Pengerusi Mesyuarat;
??Perbicangan Mengenai Isu Lokasi Tanah di SOGIP dan Keperluan Utiliti
??Hal-hal lain; dan
??Penangguhan Mesyuarat
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat & Input Teknikal:
??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah Integrated Palm Oil Plant Sabah (IPOP) yang terbahagi kepada 3 fasa projek iaitu:
Fasa 1 (2023): Palm Oil Mill, Biogas Plant, Composting Plant & Training & Research Centre
Fasa 2 (2024): Kernel Crushing Plant, Refinery Plant & Bulking Plant
Fasa 3 (2025): Packaging & Pallet Plant, Oleochemicals Plant, Pulp & Paper Plant & Long Fibre Plant
??????? Cadangan awal lokasi tapak yang dicadangkan terletak di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) di bawah pengurusan SOGDC dengan keluasan tanah keseluruhan yang diperlukan 760 ekar.
??????? Wakil JAS memaklumkan mengenai keperluan bagi mendapatkan kelulusan KB Seksyen 19 dan Lesen Operasi daripada JAS bagi pembinaan & pengoperasian kilang kelapa sawit.
??????? Wakil JAS memaklumkan aktiviti yang dicadangkan semasa fasa 2 & 3 (Refinery Plant - sekiranya melibatkan chemical refining process & oleochemicals plant) adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 6: Industri, (a) Kimia sekiranya kapasiti pengeluaran 100 tan sehari atau lebih manakala semasa fasa 3 (pulp & paper plant) adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 6: Industri, (e) Pulpa, atau Pulpa & Kertas sekiranya kapasiti pengeluaran 50 tan sehari atau lebih.
??????? Wakil JAS juga memaklumkan mengenai ketetapan Kerajaan Negeri melalui KePKAS berkaitan larangan pelepasan efluen terolah secara langsung ke alur air / sungai dan hanya pelepasan ke pengairan ladang / tanah dibenarkan. Perkara ini hendaklah dirujuk semula kepada KePKAS memandangkan tiada ladang kelapa sawit di tapak yang dicadangkan.