Penerangan
TANAH RATA, 10 April 2022 - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di sekitar Daerah Lipis dan Daerah Cameron Highlands.
Walaupun rondaan mendapati tiada kes pembakaran terbuka semasa rondaan dijalankan, Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa memberi peringatan mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.