PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “EXPANSION OF EXISTING OFF-SITE SCHEDULED WASTE STORAGE FACILITY AT LOT 3, SMI PHASE 1, IZ3, KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK (KKIP), JALAN SEPANGGAR, KOTA KINABALU, SABAH

DOE Sabah 15/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “EXPANSION OF EXISTING OFF-SITE SCHEDULED WASTE STORAGE FACILITY AT LOT 3, SMI PHASE 1, IZ3, KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK (KKIP), JALAN SEPANGGAR, KOTA KINABALU, SABAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
15/04/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?? MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “EXPANSION OF EXISTING OFF-SITE SCHEDULED WASTE STORAGE FACILITY AT LOT 3, SMI PHASE 1, IZ3, KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK (KKIP), JALAN SEPANGGAR, KOTA KINABALU, SABAH” ??? ?? Tarikh: 4 April 2022 (Isnin) ? Masa: 9.00 - 11.00 Pagi ?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan ??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Pengarah JAS Sabah ?? Agenda Mesyuarat: ?? Perutusan Pengerusi; ?? Taklimat oleh Penggerak Projek/Jururunding; ??????? Penggerak Projek: Pentas Flora (Sabah) Sdn. Bhd. ??????? Jururunding EIA: Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. ?? Perbincangan mengenai Laporan EIA yang dikemukakan; ?? Hal-hal lain; dan ?? Rumusan Mesyuarat ?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara fizikal seramai 14 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA. 2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA Kemaskini yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, Pentas Flora (Sabah) Sdn. Bhd. dan pihak jururunding EIA, Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. bagi cadangan aktiviti penstoran luar tapak buangan terjadual (BT) dengan cadangan penambahan kapasiti dan empat (4) kod BT yang baru. 3?? Sebanyak tujuh belas (17) ulasan dan perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat oleh Jabatan dan agensi yang hadir termasuk ulasan daripada JAS. 4?? Isu utama yang dibangkitkan adalah daripada pihak DBKK berkaitan zoning sediaada tapak premis iaitu General Industry IN(G) adalah tidak selaras dengan zoning yang dibenarkan iaitu di bawah Special Industry IN(S) bagi aktiviti yang dicadangkan. 5?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat termasuk menyelesaikan isu zoning berkenaan. 6?? Mesyuarat sebulat suara bersetuju memutuskan Laporan EIA boleh dipertimbangkan untuk kelulusan selepas isu berkaitan zoning diselesaikan dan Laporan EIA Kemaskini dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan memandangkan keperluan mengenai rancangan pemajuan dan teknikal telah dipatuhi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan