Penerangan
6 APRIL 2022, KUALA LUMPUR -Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput sebagai panel penceramah semasa Program Latihan Kesedaran Pematuhan AKAS, 1974 anjuran Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHE), UMKL. Program ini telah dihadiri seramai 40 orang pegawai dan staf UMKL.
Encik Zulfadzli bin Zakaria, BCK, selaku Ketua Penolong Pengarah (Bhg. Operasi), JASWPKL telah membentangkan 2 tajuk secara maya iaitu: 1.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009; dan 2.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, AKAS 1974.
Program yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tghri ini telah berjaya memberikan kesedaran dan kefahaman yang jitu terhadap pematuhan AKAS, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya kepada semua pegawai dan staf UMKL yang hadir. Diakhir program semua isu-isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh para peserta berhubung Peraturan-Peraturan di bawah AKAS, 1974 telah diperjelaskan dengan baik melalui sesi soal-jawab.