Penerangan
KUIZ ALAM SEKITAR BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA, SEREMBAN SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022
7 APRIL 2022, SEREMBAN – Program Kuiz secara fizikal oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah diadakan di Sekolah Menengah Seri Setia, Seremban sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022.
Kuiz ini telah melibatkan pelajar-pelajar sekolah Menengah Seri Setia, Seremban, Negeri Sembilan. Para pelajar telah didedahkan dengan lebih dekat sebagai Rakan Alam Sekitar serta Program Pengumpulan E-Waste peringkat Sekolah secara berterusan dengan kerjasama dan anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Kuiz yang dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar Sekolah Menengah Seri Setia, Seremban. Soalan-soalan merangkumi subjek berkaitan Air, Udara dan Pembakaran Terbuka.
Sesi kuiz secara fizikal bersama pelajar adalah mengikut SOP KKM dan MKN dengan pemakaian pelitup muka diwajibkan kepada peserta semasa program berlangsung.