Penerangan
CERAMAH KESEDARAN BERTAJUK ALAM SEKITAR LESTARI OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS), NEGERI SEMBILAN
7 APRIL 2022, SEREMBAN -JAS Negeri Sembilan telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk "Alam Sekitar Lestari" semasa program Minggu Alam Sekitar Peringkat Sekolah Menengah Seri Setia, Seremban dan sempena Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022. Program tersebut telah dihadiri guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Seri Setia, Seremban, Negeri Sembilan.
Ceramah telah disampaikan Unit Pendidikan, JAS Negeri Sembilan. Isi kandungan taklimat telah menekankan mengenai amalan-amalan lestari di Sekolah, Rumah, Pusat beli belah serta pengenalan program Lestari Alam Sekitar iaitu Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah turut dikongsikan kepada peserta ceramah.
Semua peserta dipastikan mematuhi SOP KKM dan MKN iaitu wajib memakai pelitup muka sepanjang program berlangsung.