Penerangan
BOOTH PENDAFTARAN RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 DI SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA, SEREMBAN
7 APRIL 2022, SEREMBAN - Booth untuk pendaftaran sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah dibuka dan mendapat sambutan hangat daripada pelajar Sekolah Menengah Seri Setia, Seremban, Negeri Sembilan.
Para pelajar dan guru telah beramai-ramai ke booth pendaftaran RAS JAS Negeri Sembilan semasa program tersebut berlangsung.
Peranan utama sebagai RAS adalah melibatkan anggota masyarakat secara 'hands On' dan menjadi 'mata dan telinga' kepada agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan pencemaran alam sekitar dapat ditangani dan diambil tindakan segera.
Jom! Jom! Jom! Daftar sebagai RAS!!!