Penerangan
6 April 2022, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan lawatan tapak bersama-sama penggerak projek di sebuah tapak bagi cadangan pembangunan bercampur di Bidor yang tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), di bawah Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling )2015.
Lawatan tapak ini diadakan bagi memastikan maklumat yang ada di tapak cadangan projek mematuhi kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan.