PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK PEMBANGUNAN DI MANJUNG

DOE Perak 08/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK PEMBANGUNAN DI MANJUNG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
08/04/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

31 Mac 2022, MANJUNG – Pegawai Seksyen Input Pembangunan dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan lawatan tapak bersama-sama penggerak projek di sebuah lokasi bagi cadangan pembangunan sebagai pusat rekreasi dan pelancongan di Segari, Manjung. Agensi berkepentingan seperti Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dan Jabatan Mufti Negeri Perak turut serta di dalam lawatan kerja tersebut. Lawatan tapak dijalankan bagi mendapatkan gambaran keadaan semasa di lokasi tapak cadangan projek pembangunan tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti zon penampan dan reseptor terhampir serta keperluan kajian penilaian kesan terhadap alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan