PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN KLANG UTARA 03 APRIL 2022

DOE Selangor 06/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN KLANG UTARA 03 APRIL 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
06/04/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

TARIKH: 3 April 2022 MASA : 10.00 pagi - 2.00 ptg LOKASI : Rondaan dijalankan di lokasi tumpuan di kawasan Klang Utara. Pemantauan telah dijalankan di kawasan industri dan komersial di : 1. Kawasan Perindustrian Jalan Teratai 2. Aman Perdana 3. Kawasan Perindustrian Sungai Puloh 4. Kawasan Perindustrian Jalan Wawasan 5. Kawasan Perindustrian Kapar Bestari 6. Kawasan Perindustrian Bukit Raja Kebanyakan premis tidak beroperasi pada hari ini. Pemeriksaan di kawasan hotspot di Aman Perdana mendapati tiada sebarang pelepasan/pembuangan sisa bewarna di sungai/longkang. Pemeriksaan disekitar premis yang menjalankan pengoperasian menghasilkan sarung tangan getah di sekitar Klang Utara mendapati tiada sebarang pelepasan yang mencurigakan dikesan. Pemeriksaan juga tiada bau klorin yang boleh menggangu persekitaran dikesan. Pemeriksaan pada longkang awam disekitar kawasan yang dironda mendapati tiada sebarang pelepasan atau kesan pelepasan yang mencurigakan ditemui. Pemantauan secara visual pada cerobong premis yang beroperasi mendapati tiada pelepasan asap hitam kelihatan. Aktiviti/kesan pembakaran terbuka juga tidak ditemui sepanjang rondaan. Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan