Penerangan
IPOH, 1 April 2022 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bagi Program-program Kesedaran Awam Bersama Rakan Strategik di Bilik Mesyuarat Utama JAS Perak, Ipoh.
Mesyuarat telah berlangsung selama dua jam itu telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Haji Rosli Bin Zul.
Pembentangan mengenai program-program pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang dijadualkan sepanjang tahun 2022 telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kawalan Tinggi, Encik Azhar Bin Zainal Abidin dan disaksikan oleh hampir dua puluh wakil rakan strategik yang hadir secara fizikal dan maya.
Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini termasuklah Ketua Penolong Pengarah Kanan JAS Perak, Encik Abdul Aziz Bin Parmin dan Ketua-ketua penyelaras program kesedaran tersebut.