PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS INDUSTRI DITAHAN OPERASI GAGAL PATUH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

DOE Perak 06/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS INDUSTRI DITAHAN OPERASI GAGAL PATUH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
06/04/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

1 April 2022, IPOH – Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan tindakan penahanan operasi kelengkapan ke atas sebuah premis industri dalam satu operasi bersepadu di Ipoh. Penahanan operasi kelengkapan telah dikenakan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana premis beroperasi tanpa kelulusan yang diperlukan. Operasi bersepadu tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Encik Abdul Aziz bin Parmin telah melibatkan agensi penguatkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (IPD Negeri Perak) dan Majlis Daerah Batu Gajah serta YB ADUN Simpang Pulai dan YB ADUN Teja. Pihak industri dan mana -mana pihak adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya secara konsisten sepanjang masa. Sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] untuk melaporkan sebarang aduan mengenai pencemaran alam sekitar

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan