PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DI MASJID KARIAH, KAMPUNG PULAU LAMBAR, LABU

DOE Negeri Sembilan 05/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DI MASJID KARIAH, KAMPUNG PULAU LAMBAR, LABU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/04/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DI MASJID KARIAH, KAMPUNG PULAU LAMBAR, LABU 26 MAC 2022, SEREMBAN- Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan di Masjid Kariah, Kampung Pulau Lambar, Labu. Majlis ini telah juga dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YBrs Tuan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran selaku penganjur program Hari Air Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan, Puan Pengarah Jabatan Alam Negeri Sembilan, wakil-wakil agensi JMG, IWK, SAINS dan BKSA, wakil Kariah Masjid Kampung Lambar, Labu, Wakil Media, Wakil MPKK Kampung Lambar, Labu, Ketua-ketua agensi kerajaan Negeri Sembilan, Pengarah syarikat swasta dan pihak NGO, pemenang-pemenang pertandingan anjuran agensi dan industri terlibat. Sambutan pada Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan ini diadakan bagi memastikan dan meningkatkan kegunaan air dengan berhemah dan memanfaatkan sumber air dengan lestari sempena tema Hari Air Sedunia tahun 2022 iaitu Melestarikan Sumber Air (Memanfaatkan Air Bawah Tanah). Majlis ini turut mengadakan pelancaran buku Coffee Table dan buku Alamat Sungai, Gerai Pemeran dan penyampaian hadiah kepada pemenang, pertandingan anjuran agensi kerajaan terlibat Program Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan iaitu JPS NS, JMG NS, SAINS dan IWK serta penyampan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat di dalam Program Hari Air Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan