Penerangan
OPS GEMPUR JAS NEGERI SEMBILAN
30 MAC 2022 - Seremban, Negeri Sembilan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan Ops Gempur pada 22 Mac 2022 sehingga 24 Mac 2022 terhadap punca-punca di bawah seliaan JAS Negeri Sembilan iaitu di sekitar daerah Nilai, dan Senawang yang melibatkan pelepas ke Lembangan Sg Linggi dan Sg Langat. Operasi kali ini mensasarkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutamanya Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 oleh pengeluar buangan
Buangan dari premis-premis tersebut kebanyakkannya adalah buangan yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan perlu diuruskan dengan teratur.
Sehubungan dengan itu, pengurusan premis dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya semasa beroperasi.
Tindakan akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Operasi ini disertai oleh 8 orang pegawai JAS yang membentuk 4 pasukan dan memeriksa sekitar 27 buah premis di sekitar kawasan seliaan JAS Negeri Sembilan. Sebanyak 21 permis didapati patuh dan 6 premis tidak patuh yang melibatkan pengeluaran Field Cietation sebanyak 27, Syor Notis Arahan 6 dan syor kompaun 12.