Penerangan
5 April 2022, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Program Hijau sempena sambutan Hari Bumi tahun 2022 pada 31 Mac 2022 yang lalu bertempat di Menara Persekutuan MITC, Melaka.
Jumlah berat E-Waste yang diterima adalah 120.00 kg manakala minyak masak terpakai berjumlah 161.00 kg.
Selain daripada aktiviti pengumpulan E-Waste dan minyak masak terpakai secara pandu lalu (drive-thru) turut diadakan hebahan berkaitan larangan pembakaran terbuka, pameran alam sekitar dan pendaftaran ahli rakan alam sekitar (RAS).