Penerangan
26 Mac 2022, WP LABUAN - JPS Labuan dengan kerjasama JAS WP Labuan telah menganjurkan program Gotong Royong Sempena Hari Air Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sepanjang Pantai Tanjung Purun, WP Labuan.Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Junaiddi Awang Tuah, Pengarah JPS WP Labuan dan telah dihadiri oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar Dan Air. Selain itu, Bersesuaian dengan tema Hari Air Sedunia pada tahun ini iaitu Melestarikan Air (Memanfaatkan Air Bawah Tanah), JAS WP Labuan bersama sama JPS WP Labuan telah mengunjungi Tapak Pengawasan Air Tanah WP Labuan di kawasan ASB Labuan.