Penerangan
23 Mac 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan - kenderaan pengangkut buangan terjadual di Jalan Tanjung Purun. Program pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pengawalan pelepasan asap hitam kenderaan motor diesel seperti yang telah termaktub di dalam Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan juga pematuhan kepada syarat - syarat lesen di bawah Seksyen 18(1A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebarang bentuk aduan pencemaran alam sekitar amatlah dihargai. Sila hubungi kami untuk sebarang aduan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian WhatsApp 014-2962719 atau 087-408772.