Penerangan
22 Mac 2022, WP LABUAN - Program pengawasan kenderaan motor dijalankan di Jejantas berhadapan SK/SMK Pantai. Jumlah kenderaan yang dicatat adalah sebanyak 32 buah kenderaan. Program ini bertujuan untuk memastikan pengawalan pelepasan asap hitam kenderaan motor daripada enjin petrol dan diesel seperti yang telah termaktub di dalam Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996. Sebarang bentuk aduan pencemaran alam sekitar amatlah dihargai. Sila hubungi kami untuk sebarang aduan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian 087-408772.