Penerangan
9 MAC 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah mengambil inisiatif membuat rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka berlaku di sekitar WP Labuan. Rondaan ini dilakukan secara berterusan bagi memastikan kawalan kualiti udara di WP Labuan berada dalam keadaan sihat dan selamat. JAS WP Labuan mengingatkan masyarakat bahawa sebarang aktiviti pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan setiap kesalahan bagi pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun sehingga RM2000 maksimum. Oleh itu, JAS WP Labuan menyeru kepada semua masyarakat untuk melaporkan dengan lengkap sekiranya terdapat maklumat mengenai sebarang pencemaran dan juga pembakaran terbuka, melalui aplikasi WhatsApp bernombor 010-2708772.