Penerangan
25 FEBRUARI 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah mengadakan satu majlis penyampaian hadiah ringkas kepada para pemenang Pertandingan Rekacipta Poster Infogarfik Alam Sekitar yang telah diadakan pada tahun lepas. Majlis telah dihadiri oleh pemenang dan juga juga rakan strategik JAS WP Labuan iaitu Syarikat 2MC yang diwakili oleh En. Julian. Majlis berlangsung dengan ringkas dan pihak JAS WP Labuan mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta jutaan terima kasih kepada Rakan Strategik JAS WP Labuan bagi edisi HASN Tahun 2021. Peserta Pertandingan Rekacipta Poster Infogarfik Alam Sekitar pada tahun lepas boleh menuntut hadiah, token dan juga sijil penyertaan di Pejabat JAS WP Labuan pada Isnin hingga jumaat bermula pada jam 8 Pagi hingga 5 Petang.