Penerangan
25 FEBRUARI 2022, WP LABUAN - Satu perkongsian ilmu mengenai Hari Tanah Lembap Sedunia telah diadakan sempena Hari Tanah Lembap Sedunia Tahun 2022 yang telah disambut pada 2 Februari 2022 lepas. Perkongsian ini disertai oleh semua kakitangan JAS WP Labuan. Perkongsian telah disampaikan oleh Pegawai Sebaran Maklumat (MySTEP) JAS WP Labuan iaitu En. Muhammad Nadzmi pada pagi Jumaat. Antara intipati perkongsian adalah kepentingan tanah lembap kepada alam sekitar dan ekosistem, cara-cara memulihkan tanah lembap, punca-punca kehilangan tanah lembap dan juga kesan-kesan kehilangan tanah lembap. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan dapat memelihara tanah lembap sebaiknya.