Penerangan
24 FEBRUARI 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah mengadakan satu pertemuan khas secara atas talian bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bagi berkongsi input mengenai program-program berkaitan alam sekitar yang akan diadakan melibatkan sekolah-sekolah di WP Labuan. Dalam pertemuan ini, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan menyatakan bahawa pendidikan alam sekitar amat penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar mampu dicapai bukan sahaja di sekolah tetapi sehingga ke rumah dan juga kawasan-kawasan setempat. Semoga pertemuan yang diadakan ini mampu menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara JAS WP Labuan dan juga Jabatan Pendidikan WP Labuan pada masa-masa yang akan datang.