PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Kes Tumpahan Bahan Kimia Di Sungai Bariawa Ulu, Keningau, Sabah

DOE Sabah 04/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kes Tumpahan Bahan Kimia Di Sungai Bariawa Ulu, Keningau, Sabah
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/04/2022
Organisasi
DOE Sabah

Penerangan

Kes Tumpahan Bahan Kimia Di Sungai Bariawa Ulu, Keningau, Sabah 2 April 2022, Sabtu Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah menerima maklumat daripada pihak Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) berhubung kejadian lori terbabas di Jalan Kimanis, sehingga menyebabkan bahan kimia (gam playwood) yang dibawa tumpah dan setersunya mengalir ke Sungai Bariawa Ulu. Pasukan penyiasat JAS Cawangan Sipitang dan JAS Kota Kinabalu menuju ke lapangan dengan segera untuk menjalankan siasatan lanjut. Pengarah dan Timbalan Pengarah JAS Sabah juga ‘turun padang’ ke lokasi bagi tinjauan dan pemeriksaan secara menyeluruh. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah menjalankan persampelan rasmi di beberapa lokasi sungai dan persampelan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa. Persampelan in-situ juga dilaksanakan dengan kerjasama Syarikat Konsesi Pakar Scieno TW Sdn.Bhd bagi mengetahui kualiti air sungai semasa. Tugas pembersihan telah mula dijalankan oleh Syarikat Pengangkut dan syarikat yang mengendalikan bahan kimia tersebut. JAS Negeri Sabah akan terus memantau keadaan sungai dan kerja-kerja pembersihan tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan