31 Mac 2022, TAIPING – Pegawai Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah menyiasat sebuah aduan pembakaran terbuka di kawasan kediaman di sekitar Kamunting dan Taiping.
Sewaktu siasatan dijalankan, tiada pembakaran terbuka dijumpai sekitar kawasan aduan. Sebagai langkah memberi kesedaran kepada orang ramai, pegawai JAS Taiping telah mengedarkan poster larangan pembakaran terbuka kepada mereka.
Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]