Penerangan
31 Mac 2022, SUNGKAI – Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas sebuah premis yang ditetapkan, kilang kelapa sawit di Trolak.
Siasatan yang dijalankan adalah secara menyeluruh berdasarkan kepada pematuhan premis terhadap syarat-syarat yang terdapat pada Jadual Pematuhan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Persampelan efluen turut dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan penganalisaan.
JAS menggalakkan semua kilang kelapa sawit yang berperanan sebagai premis yang dilesenkan supaya sentiasa komited dan mematuhi syarat-syarat lesen bagi melestarikan alam sekitar.