Penerangan
1 April 2022, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin sempena menyambut bulan Ramadhan bertempat di pejabat JAS Perak. Majlis Bacaan telah diketuai oleh YBrs Haji Rosli Bin Zul dan dihadiri oleh hampir semua pegawai JAS Perak termasuklah Timbalan Pengarah Bahagian Operasi, Encik Abdul Aziz Bin Parmin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Encik Muhamad Rizal Bin Ramli.
Pengarah JAS Perak juga telah memberi galakkan kepada semua pegawai JAS Perak supaya membaca Al-Quran setiap hari pada sepanjang bulan Ramadhan 1443.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_April2022