Penerangan
8
GOPENG, 23 Mac 2022 – Pegawai JAS Perak dan lapan orang pelajar praktikal telah mengadakan lawatan sambil belajar di sebuah premis pembuatan simen bertempat di Gopeng pada hari ini.
Pelajar-pelajar telah diberikan penerangan secara ringkas pada bahagian pemprosesan di bilik kawalan dan pendedahan mengenai alat kawalan pencemaran udara yang digunakan oleh premis. Lawatan sambil belajar ini merupakan sebahagian daripada sesi pembelajaran yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar semasa menjalani latihan industri di Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Mac2022