PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS PERAK

DOE Perak 01/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
01/04/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

  15 Mac 2022, IPOH – Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan rondaan pemantauan pembakaran terbuka di sekitar kawasan Ipoh. Ini termasuklah di kawasan yang berpotensi dan sering berlaku pembakaran terbuka seperti tapak pelupusan sampah secara haram, kawasan perindustrian dan kawasan perumahan. Hasil rondaan telah menemui lokasi pembakaran terbuka di sebuah tapak pelupusan sampah di rizab jalan. Siasatan mendapati ranting dan sisa pangkasan pokok telah dibakar di lokasi tersebut. JAS telah mengambil inisiatif dengan menampal Poster Larangan Pembakaran Terbuka berhampiran lokasi tersebut sebagai tanda amaran kepada orang ramai sekaligus membendung aktiviti pembakaran tersebut. Orang ramai dan pemilik premis industri dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperak #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperak_Mac2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan