Penerangan
8 Mac 2022, IPOH – Pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas sebuah premis kilang kelapa sawit telah dijalankan oleh pegawai JAS Negeri Perak di Tronoh.
Pemeriksaan ke atas syarat-syarat lesen dijalankan secara terperinci bagi memastikan premis terus mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling1974.
Adalah diingatkan kepada semua premis yang ditetapkan iaitu mempunyai lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen pada setiap masa. Kegagalan mematuhi lesen ini adalah menjadi satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM25,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Mac2022