Penerangan
7 Mac 2022, IPOH – Siasatan penguatkuasaan ke atas sebuah kilang getah telah dijalankan oleh penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak di Bota.
Pemeriksaan telah dibuat secara telus dan teliti berdasarkan syarat-syarat yang terdapat pada Jadual Pematuhan Lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dalam siasatan tersebut, persampelan efluen turut dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan penganalisaan.
Adalah diingatkan kepada semua premis yang ditetapkan perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen. Kegagalan mematuhi lesen ini adalah menjadi satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM25,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Mac2022