Penerangan
5 Mac 2022, PARIT BUNTAR - Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran alam sekitar telah dijalankan oleh JAS Cawangan Taiping di kawasan Perindustrian Parit Buntar pada hari ini. Rondaan di sekitar kawasan perindustrian tersebut mendapati tiada aktiviti pencemaran alam sekitar dikesan dari mana-mana premis.
Kawasan rondaan diperluaskan terutamanya di kawasan perumahan yang diadu berlaku aktiviti pembakaran terbuka. Pemeriksaan mendapati tiada kesan pembakaran terbuka ditemui. Sebagai langkah menasihati orang awam supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, penguatkuasa JAS telah mengedarkan pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka kepada penduduk berdekatan. Pemantauan berterusan dari semasa ke semasa akan dijalankan di kawasan-kawasan yang sering diadu.
Orang awam adalah diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Mac2022