Penerangan
2 Mac 2022, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah mengadakan pameran alam sekitar di majlis lawatan kerja Duta-duta Kesatuan Eropah ke Perak bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.
Penglibatan JAS Perak di dalam majlis tersebut tidak terhad kepada pameran sahaja malah turut menyampaikan penerangan berkaitan pengurusan alam sekitar di negeri Perak mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menerusi pembentangan di hadapan delegasi Kesatuan Eropah ini.
JAS Perak telah diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Abdul Aziz Bin Parmin, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Encik Muhamad Rizal Bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan, Encik Mohamad Zamzani Bin Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan bahagian Pembangunan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Mac2022