Penerangan
28 Februari 2022, IPOH – JAS Perak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2022 bertempat di Bilik Mesyuarat, pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini secara hibrid.
Dalam majlis tersebut, Pengarah JAS Perak, YBrs Haji Rosli Bin Zul telah menyampaikan amanat dengan mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang berjaya menganjurkan bengkel dokumentasi bagi program kelestarian alam sekitar dan kursus pemanduan pacuan 4 empat roda yang telah diadakan sepanjang bulan Februari 2022.
Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta kursus pemanduan pacuan 4 roda tersebut.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Feb2022