Penerangan
IPOH, 29 Mac 2022 - Seskyen EIA JAS Negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIATRC) bagi cadangan projek pembangunan bagi ladang solar di Daerah Manjung, Perak.
Mesyuarat telah dipengerusikan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JAS Negeri Perak, Encik Abdul Aziz Bin Parmin dan dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal yang merupakan ahli jawatankuasa EIATRC.
Pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_mac2022