Penerangan
30 Mac 2022, IPOH – Seramai lebih 200 peserta dari industri jenis berasaskan getah, berasaskan mineral dan premis yang dilesenkan buangan terjadual dan kilang kelapa sawit telah menghadiri Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Penganugerahan Lestari Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 sempena Hari Air Sedunia bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Tidak ketinggalan 8 agensi yang terdiri daripada jururunding alam sekitar, premis yang ditetapkan serta jabatan kerajaan telah turut menyertai seminar sebagai pempamer yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Negeri Perak.
Program seminar selama satu hari tersebut telah disempurnakan dengan jayanya oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Encik Abdul Aziz Bin Parmin.
Para peserta telah dihidangkan sebanyak tiga kertas pembentangan yang disampaikan oleh tiga penceramah iaitu Encik Harmanisham Bin Ishak, bertajuk Pengurusan Buangan Terjadual & Efluen Perindustrian, Encik Hasan Bin Abd Rahman dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak bertajuk Pematuhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Encik Mohd Jamali Bin Abd Majid menyampaikan taklimat bertajuk Pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam S Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Kriteria Penganugerahan Lestari.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Mac2022