PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR BAGI CADANGAN PROJEK MEMBINA JALAN KAMPUNG PASIR RAJA, HULU DUNGUN, KE SEMPADAN TERENGGANU / PAHANG

DOE Terengganu 31/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR BAGI CADANGAN PROJEK MEMBINA JALAN KAMPUNG PASIR RAJA, HULU DUNGUN, KE SEMPADAN TERENGGANU / PAHANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/03/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

31 Mac 2022, Kuala Terengganu – YBrs. Encik Mohd Ridwan bin Ramli , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan  Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada JAS. Dokumen EMP ini,  merupakan antara syarat kelulusan EIA yang mesti dipatuhi oleh pihak pemaju projek, sebelum memulakan sebarang aktiviti kerja tanah dan pembinaan di tapak projek. Keperluan mematuhi syarat kelulusan Laporan EIA ini telah diperuntukan  di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan