Penerangan
31 Mac 2022, Kuala Terengganu- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah hadir pada “SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA 2022”, anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Shamsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar, Terengganu, bertempat di Bangunan Perpustakaan, unisZa, Kampus Besut. Sejumlah 5100 pokok telah berjaya ditanam sempena sambutan ini.
Kehadiran JAS Terengganu pada sambutan ini, sebagai tanda sokongan kepada usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perhutanan, pemeliharaan dan pemuliharaannya untuk kesejahteraan dan kestabilan alam sekitar.