Penerangan
31 Mac 2022, Kuala Terengganu - YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu hari ini terus memberi komitmen menghadiri Majlis Bacaan Yaasin mingguan bersama seluruh warga JAS secara fizikal dan atas talian di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Terengganu.
Majlis ini turut disusuli dengan Amanat Tuan Pengarah yang telah memberi ruang kepada seluruh warga JAS Terengganu untuk membangkitkan sebarang isu berkaitan dengan tugas-tugas yang diamanahkan untuk diselesaikan secara bersama.
Tuan Pengarah juga turut melancarkan Tabung Kongsi Rezeki Ramadhan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Alam Sekitar, Negeri Terengganu (KASTER).
Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya dan semoga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan kepada semua warga JAS Terengganu yang telah berinfaq.