Penerangan
8 Mac 2022 - Alor Setar, Kedah
Unit EIA JAS Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIATRC) bagi cadangan projek pembangunan yang melibatkan aktiviti pembinaan kemudahan kitar semula dan pemulihan buangan terjadual di Daerah Kuala Muda , Kedah.
Mesyuarat telah dipengerusikan Tuan Pengarah JAS Negeri Kedah, Encik Norazizi bin Adinan dan dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal yang merupakan ahli jawatankuasa EIATRC.
Pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan.