Penerangan
14 Mac 2022 - Alor Setar, Kedah
JAS Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Operasi Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), Encik Che Abdul Khalid Md Din bersama-sama dengan ahli-ahlinya.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara JAS Negeri Kedah dengan pihak KTPC serta membincangkan isu-isu semasa dan jalinan kerjasama pada masa akan datang antara pihak-pihak.