Penerangan
KUCHING, 22 Mac 2022 - Siasatan aduan dan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka di sekitar kawasan Kuching terus giat dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi musim panas dan kering.
Risalah-risalah larangan pembakaran terbuka diedarkan kepada komuniti dan gegantung diletakkan di beberapa kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka.
Orang awam diseru agar tidak melakukan pembakaran terbuka di tempat-tempat awam, premis perindustrian dan rumah kediaman terutamanya ketika musim panas bagi mengelak keadaan berjerebu.
Peringatan, melakukan pembakaran terbuka merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana jika disabit kesalahan boleh denda tidak melebihi RM 500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksima RM 2000.00 juga boleh dikenakan ke atas setiap tompokan pembakaran terbuka yang dibuat.