Penerangan
1 Mac 2022, Kuching - Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2022 JAS Negeri Sarawak secara hibrid telah diadakan pada hari ini di pejabat JAS Negeri Sarawak yang telah dihadiri oleh semua kakitangan JAS Negeri Sarawak termasuk kakitangan dari pejabat di cawangan.
Pengarah JAS Sarawak menyeru semua pegawai dan kakitangan supaya melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti, mematuhi SOP dan mengutamakan kepentingan rakyat dan menjaga nama baik perkhidmatan awam.
Dalam Majlis perhimpunan bulanan ini bacaan ikrar penjawat awam telah dilaksanakan dan penyerahan sijil penghargaan yang telah diraih oleh JAS Negeri Sarawak kepada wakil bahagian merangkumi Anugerah Prestasi Cemerlang Pembayaran Bil Tahun 2021 bagi JAS Sarawak dan JAS Cawangan Bintulu, Kadar Pusingan Stok Melebihi 3.5 bagi JAS Sarawak dan JAS Cawangan Bintulu, Sijil Pemeriksaan Aset Alih 100% bagi JAS Cawangan Bintulu.