PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Ops Teras JAS Negeri Sarawak Bersama Ketua Pengarah Alam Sekitar

DOE Sarawak 31/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Teras JAS Negeri Sarawak Bersama Ketua Pengarah Alam Sekitar
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/03/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

KUCHING, 18 Mac 2022 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah mengadakan Ops Teras bersama Ketua Pengarah Alam Sekitar, Encik Wan Abdul Latif bin Wan Jaffar di sekitar bandaraya Kuching. JAS Negeri Sarawak diketuai oleh oleh Encik Hamzah bin Mohamad, Pengarah JAS Negeri Sarawak. Bagi memastikan pencemaran alam sekitar dibendung, JAS terus melaksanakan pemeriksaan di semua premis mengikut SOP yang ditetapkan. Semua pihak berkepentingan adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi syarat yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Operasi dan rondaan yang bermula dari jam 3.00 petang hingga 6 petang itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar (Pembangunan), YBrs Dr Norhazni binti Mat Sari, Tuan Haji Shafe'ee bin Yasin, Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Ts Azlan bin Ahmad, Pengarah bahagian Bahan Berbahaya, Puan Ani Fazliana binti Dato’Dahri@ Abdul Latif, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan JAS Ibu Pejabat, Puan Hafizah binti Yahya@Ab Rahim dan pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Sarawak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan