Penerangan
30 Mac 2022, Kuala Terengganu – YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada JAS.
Dokumen ini merupakan antara syarat kelulusan EIA yang mesti dipatuhi dan disediakan oleh pihak pemaju projek, sebelum memulakan sebarang aktiviti kerja tanah dan pembinaan di tapak projek.
Keperluan penyediaan dokumen Pelan Pengurusan Alam Sekitar ini, tertakluk di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.