PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL.3/2022 , JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL.3/2022 , JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/03/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

30 Mac 2022, Kuala Terengganu- Operasi Gempur Bil.3/2022 JAS Terengganu telah dijalankan bermula dari 21 hingga 24 Mac 2022. Ops Gempur kali ini telah menyasarkan kilang-kilang yang mempunyai kesalahan berulang, beban pencemaran yang tinggi kepada persekitaran dan aduan berulang. Operasi Gempur ini juga ini merupakan strategi JAS dalam memastikan kilang-kilang yang beroperasi di negeri ini berada pada tahap pematuhan yang baik. Pematuhan keseluruhan premis yang disiasat dalam Ops Gempur ini adalah sebanyak 29 buah premis daripada 31 buah jumlah premis yang diperiksa. Tindakan susulan hasil daripada Operasi Gempur ini, 29 buah kilang telah dikeluarkan Field Citation. Selain itu, 3 kompaun yang melibatkan kesalahan di Bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)2005 telah dikeluarkan. Ops Gempur ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan alam sekitar di negeri ini bebas daripada masalah pencemaran.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan