Penerangan
28 Mac 2022 (Isnin), Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Pulau Pinang dengan kerjasama JAS Kedah bersama-sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (PDRM), Daerah Seberang Perai Utara telah menjalankan Ops Gerak di Jalan Kampung Selamat. Operasi ini melibatkan seramai 11 pegawai penguatkuasa JAS dan 12 anggota PDRM. Sebanyak 4 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.