Penerangan
Gelang Patah, Johor, 08 - 09 MAC 2022 : JAS Negeri Johor telah menerima kehadiran pasukan Audit Dalaman Bagi Penguatkuasaan EIA dari Bahagian Penilaian JAS Ibupejabat.
Audit Penguatkuasaan tersebut dibuat bagi memastikan kerja-kerja penguatkuasaan dilaksanakan sebagaimana Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang dikeluarkan oleh JAS Ibu Pejabat.
Dalam kerja penguatkuasaan tersebut juga, pasukan selaman turut menjalankan kerja selaman bagi memeriksa 'silt curtain’ yang telah dipasang sebagai langkah kawalan pencemaran.
Pasukan penguatkuasaan menjalankan pemeriksaan pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dilaksanakan sepenuhya.
Jabatan menyeru semua tapak binaan yang beroperasi untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran dan pihak Jabatan sentiasa memantau perkara ini dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan dikenakan kepada penggerak projek yang ingkar.