PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS MEMPROSES AYAM DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 31/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS MEMPROSES AYAM DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/03/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Daerah Muar, 14 Mac 2022 : Sebuah premis memproses ayam telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) kerana gagal mengendalikan sistem pengolahan efluen perindustrian dengan baik dan telah menyebabkan pelepasan efluen yang tidak mematuhi standard pelepasan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pelepasan efluen yang tidak patuh terus berlaku yang seterusnya boleh mengakibatkan pencemaran. Selain itu, premis diarahkan untuk mengambil langkah pembaikan dalam tempoh POK tersebut. JAS akan sentiasa memantau aktiviti premis dan semua pemain industri diingatkan untuk sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan tidak melakukan sebarang pencemaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan